Services

Assalamualaikum wbt..

Kepada pelanggan-pelanggan kami yang dihargai,

Atas permintaan ramai, kami  menerima 'request'dari pelanggan-pelanggan kami yang disayangi bagi barang-barang kelantan yang tiada di dalm blog ini tanpa perlu ke Kelantan.

Request boleh dari segi;

a) Perkhidmatan Survey Harga- Cas perkhidmatan: min RM50 (bergantung kepada 'rare' item yang anda ingin dapatkan)

- Anda boleh meminta kami mendapatkan harga bagi item yang dikehendaki. Kami akan cuba mendapatkan 3 design dan harganya, yang tentunya paling ekonomi dan berpatutan. Terpulang untuk anda membelinya atau sekadar meng'survey'. Jika anda bekunjung ke Kelantan dan anda berminat untuk melihat sendiri item tersebut kami akan membawa anda ke tempat pembekal/pemborong tersebut.

b) Perkhidmatan membeli- Cas perkhidmatan: min RM50 + harga barang (tiada cas tambahan akan dilakukan) + harga pos


Sebagai contohnya,

Barang tembaga : Tepak sirih untuk hantaran perkahwinan.

Kaedahnya:

1) Beritahu kami item yang dikehendaki dengan jelas dan budget harga anda.

2) Pembayaran perkhidmatan iaitu minimum RM50 (Kos ini termasuk: minyak kenderaan, tenaga).

3)Kami akan mencari 3 design item yang dikehendaki dalam tempoh tertentu (bergantung kepada 'rare'nya item tersebut)

4) Kami akan mengirimkan gambar-gambar item dikehendaki dan harga paling berpatutan untuk item tersebut. Jika bersetuju membelinya, kami akan menyediakan 'quotation' untuk item tersebut.

5) Pembayaran dilakukan

6) Kami akan membuat pembelian dan urusan penghantaran item tersebut kepada anda.


P/S: Kami hanya mengenakan cas perkhidmatan SAHAJA ke atas item dalam perkhidmatan ini. Harga kekal seperti yang dipersetujui oleh pembekal/pemborong. Pelanggan hanya perlu membayar kos item dan kos penghantaran selepas membayar cas perkhidmatan.